
Dianggarkan hanya 1% wanita sahaja yg akan mengalami psikosis (gangguan mental yg teruk) dalam setiap 1,000 wanita yg melahirkan anak.
Walaupun jumlah tersebut dilihat satu angka yg terlalu kecil, jangan dianggap remeh kerana ia boleh membawa akibat yg besar seperti mencederakan atau membunuh bayi & diri sendiri.
Oleh yg demikian, rawatan segera amat diperlukan sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Menurut pakar psikiatri, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr. Azhar Zain, gangguan mental atau lebih dikenali sebagai meroyan di kalangan masyarakat Melayu ini akan terjadi sekiranya pesakit mengalami kemurungan lebih daripada lapan minggu selepas bersalin.
"Jika seseorang wanita yg baru lepas bersalin mengalami kemurungan, ia tidak sepatutnya melebihi daripada dua minggu & sekiranya lebih daripada tempoh tersebut ataupun berlarutan, pesakit perlulah merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat.
"Ini kerana sekiranya mereka mempunyai tanda² meroyan atau psikosis, mereka akan dirujuk terus kepada pakar psikiatri.
"Bagaimanapun, kesemua jenis penyakit ada ubatnya & begitu juga dengan gangguan atau penyakit mental di mana rawatan yg diberikan bergantung kepada jenis & tahap keseriusan penyakit tersebut," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, baru² ini.
Tambahnya, ada pesakit yg perlu makan ubat & mereka juga tidak terlepas daripada sesi kaunseling & terapi.
Ia adalah sebahagian daripada usaha membantu pesakit melegakan beban emosi, menyelesaikan masalah, mempelajari mengenai gangguan & perawatan serta memperbaiki perhubungan & daya tindak.
Pada masa yg sama, sokongan ahli keluarga juga amat penting bagi mengenal pasti gejala² yg dialami pesakit.
Bagaimanapun, bagi penyakit mental yg sudah di peringkat teruk, rawatan seperti electro-convulsive therapy (ECT) merupakan rawatan yg sangat berkesan.
Rawatan ini bukan sahaja berkesan kepada pesakit malah ia terbukti selamat & cara pengendaliannya dibantu oleh teknologi moden serta tidak menyeksa pesakit.
Katanya lagi, penyakit ini lebih kerap akan berlaku kepada wanita yg baru pertama kali menjadi ibu bagaimanapun ia boleh berulang untuk kelahiran kedua & seterusnya.
"Sebanyak 50% penyakit ini akan 'menyerang' wanita yg baru pertama kali melahirkan anak tetapi perlu diingatkan, peluang selepas itu di mana untuk kelahiran seterusnya lebih tinggi tetapi tidak semestinya ia akan berlaku.
"Selain itu, bagi mereka yg mempunyai sejarah keluarga di mana ada ahli keluarga pernah menghidap penyakit ini, peluangnya dilihat lebih tinggi untuk mewarisinya & risiko kemungkinan seseorang mengalami meroyan ini lebih tinggi jika wanita terbabit pernah mempunyai sejarah psikosis.
"Tetapi ada juga mereka yg menghidap penyakit ini diakibatkan tekanan ketika bersalin, tumpah darah atau masalah² keluarga & sebagainya," ujarnya lagi yg juga merupakan profesor psikiatri, Fakulti Perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Jelas Dr. Azhar lagi, mengikut kes² lalu, antara 50% hingga 60% mereka yg menghidap penyakit ini diketahui puncanya, manakala selebihnya tidak dapat dikesan bagaimana & mengapa mereka terkena penyakit ini.
Untuk pengetahuan bersama, wanita yg mengalami penyakit meroyan ini mempunyai kecenderungan untuk bertindak di luar dugaan seperti membunuh bayi, diri sendiri atau melarikan bayi untuk kepuasan.
Ini kerana emosi wanita meroyan tidak stabil atau pra sedar & segala perbuatan termasuk menculik & membunuh adalah untuk memuaskan hatinya sahaja.
Tetapi secara umum, mereka yg berada pada tahap ini sebenarnya jarang membunuh, melainkan apabila mereka mengalami psikosis.
"Jika mengikut statistik secara umum, iaitu keseluruhannya, 5% wanita yg menghidap penyakit ini akan membunuh diri manakala 4% akan membunuh bayi mereka," katanya lagi.
Bagaimanapun sebelum mengakhiri bicara, Dr. Azhar turut menekankan bahawa ada kes penyakit ini menyerang kaum lelaki tetapi ia merupakan kes² terpencil.
Sumber: Utusan Malaysia Online.

Jika anda berpendapat untuk SIHAT itu mahal, cubalah SAKIT! Dapatkan krim ajaib LumiGlow™ sekarang juga!!







'bicara' blog bermula...





Suhandi (Indonesia)

























































[Mrs ToinG™]









