


Selsema babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus & mudah berjangkit kepada orang ramai. Selsema babi (juga dikenali sebagai A (H1N1)) merujuk kepada influenza (demam selsema) yg disebabkan oleh mana² virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yg menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yg mengganggu sistem pernafasan babi & berpunca daripada salah satu jenis virus selsema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yg diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang). Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kategori, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia. ![]()
Mereka yg bekerja dengan ternakan ayam & babi terutama mereka yg terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yg mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yg membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yg bertanggungjawab bagi wabak selsema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.
Selsema babi diketahui disebabkan oleh influenza A jenis H1N1, H1N2, H3N1, H3N2 dan H2N3.
Pada babi, tiga virus influenza A jenis (H1N1, H3N2 dan H1N2) tersebar di sekeliling dunia. Di Amerika Syarikat, H1N1 khususnya menular dalam populasi babi sebelum 1998; bagaimanapun, sejak akhir Ogos 1998, sub-jenis H3N2 telah diasingkan dari babi. Sehingga 2004, virus H3N2 diasingkan dari stok babi & ayam turki di Amerika Syarikat merupakan penyusunan tiga (triple reassortants), mengandungi gen dari susur galur selsema manusia (HA, NA, dan PB1), babi (NS, NP, dan M), dan burung (PB2 dan PA).
Virus influenza burung H3N2 adalah wabak dalam populasi babi di China & telah dikesan pada babi di Vietnam, meningkatkan kebimbangan kemunculan variasi baru. Pakar kesihatan menyatakan bahawa babi mampu membawa virus influenza manusia, yg boleh bergabung (contoh, bertukar genome homologous sub-unit melalui penyusunan genetik dengan H5N1, memberi gen & mutasi ke dalam bentuk yg mudah tersebar di kalangan manusia).
Wabak selsema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yg telah dijangkiti virus. Dalam sesetengah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yg kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak & berjangkit sesama manusia yg mempunyai hubungan rapat secara langsung.
Ianya dipercayai bahawa penyebaran di kalangan manusia adalah melalui pesakit batuk atau bersin & menyentuh sesuatu yg mempunyai virus sebelum menyentuh hidung & mulut mereka sendiri.
Tanda & simptom
Menurut Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selsema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk & kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melaporkan cirit-birit & muntah.
Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yg khusus bagi selsema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selsema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yg didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut samada mempunyai hubungan dengan orang yg disahkan mengidap selsema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yg melaporkan kes selsema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka. Diagnosis bagi pengesahan selsema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).
Sekiranya anda atau kenalan anda mempunyai tanda atau simptom spt di atas, jangan ambil mudah dengan demam & selsema yg dihidapi. Dapatkn pemeriksaan awal di hospital dengan kadar segera kerana wabak penyakit ini tidak hanya berjangkit kepada mereka yg makan babi, sentuh atau ada hubungan secara langsung dengan babi saja. Ianya boleh berjangkit kepada sesiapa saja melalui udara & sentuhan! AWAS!!


Jika anda berpendapat untuk SIHAT itu mahal, cubalah SAKIT! Dapatkan krim ajaib LumiGlow™ sekarang juga!!






perkongsian bermula...












Suhandi (Indonesia)























































































0 ulasan:
Post a Comment