

[Gambar Hiasan]
Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yg kompleks & progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yg sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yg amat menyeksakan & perlu diberikan perhatian.
Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yg dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti & tingkah laku yg tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yg menjaga. Penyakit Alzheimer yg menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual & sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.
Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan & perubahan pada sel² saraf yg normal menjadi serat.
Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yg sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia. "Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko 5% menghidap penyakit ini & risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun", kata Pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Esther Ebeenezer.
Menurut Esther, sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan warga tua, namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yg dikenal pasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.
Sejarah Alzheimer
Penyakit yg julung kalinya, ditemui oleh Dr. Alois Alzheimer pada 1907 ini, dinamakan Alzheimer, bersempena nama beliau.
Hasil bedah siasat, Alzheimer mendapati otak wanita tersebut bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yg luar biasa yg dipanggil plak amiloid & serat yg berbelit² (neuro fibrillary).
Amiloid protein yg membentuk sel² plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak. Kemusnahan sel² saraf ini menyebabkan neurotransmitter yg berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain terjejas.
Meskipun penyakit ini mula dikesan hampir satu kurun yg lalu, ia tidak sepopular lain² penyakit seperti sakit jantung, hipertensi, Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) atau sebagainya.
Kemungkinan ini disebabkan oleh penyakit ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti penyakit hipertensi yg dapat dikesan melalui pemeriksaan tekanan darah secara berkala.
Pendedahan mengenai penyakit Alzheimer masih rendah & org ramai tidak begitu berminat mengambil tahu mengenainya hinggalah ia dibincangkan secara terbuka yg ditulis sendiri oleh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) yg ke-40, Ronald Reagan dalam suratnya yg bertarikh 5 November 1994.
Penyakit Alzheimer sukar dikesan kerana ramai yg beranggapan warga tua yg mula lupa², adalah sesuatu yg lazim kerana faktor usia. Sebaliknya kemungkinan itu adalah tanda² awal seseorg itu menghidap penyakit Alzheimer.
Peringkat Alzheimer
Lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yg biasa dimakan antara sebahagian gejala ringan.
Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara² membancuh air dikategorikan sebagai peringkat sederhana.
Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan² atau ahli keluarga terdekat, ia menandakan tahap pesakit di peringkat yg serius.
Tanda² lain
Pesakit juga boleh menjadi seorang yg agresif, cepat marah & hilang minat untuk berinteraksi atau hobi yg pernah diminatinya.
Pesakit yg berada di tahap sederhana & teruk akan menunjukkan tingkah laku yg pelik. Antaranya, seperti menjerit, terpekik & mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas.
Selain itu, pesakit juga mendengar suara atau bisikan halus & mengadu ternampak bayangan menakutkan. Semua ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada penjaga kerana mereka terpaksa menjaga pesakit `36 jam' sehari.
Pesakit juga kadang-kala akan berjln ke sana sini tanpa sebab & corak tidur mereka juga berubah. Pesakit akan lebih banyak tidur pada waktu siang & berjaga pada waktu malam.
Secara puratanya, pesakit yg didiagnos menghidap penyakit ini meninggal dunia akibat radang paru² atau pneumonia. Ini kerana, dalam tempoh tersebut, pesakit hanya terlantar tanpa melakukan sebarang aktiviti.
Apa yang menyedihkan, ialah pesakit sendiri tidak memahami apa yg berlaku pada diri mereka & memerlukan bantuan orang lain. Berita buruknya mengenai Alzheimer ini, ia belum ada penawarnya. Tetapi, gejalanya masih boleh dikawal dengan ubat²an.
Ubat²an yg diberi pada peringkat awal, boleh membantu memori pesakit seperti kognitif, aktiviti harian & tingkah laku.
Individu yg berisiko
» Menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas;
» Penghidap penyakit kencing manis diabetes;
» Kurang melakukan senaman;
» Paras kolesterol yg tinggi; dan
» Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga yg menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.
Tips Penggunaan Krim Ajaib LumiGlow™:
Oleh kerana penyakit Alzheimer ini penawarnya masih belum dijumpai, mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati. Sapu krim ajaib LumiGlow™ di kedua² bahagian lengan & juga di bahagian leher setiap kali selepas mandi pagi & petang/malam. Ikut cara sapuan yg ditunjukkan di dalam DVD Cara Pemakaian LumiGlow™. Penyapuan krim LumiGlow™ di lengan & leher adalah bertujuan untuk merangsang organ² hormon untuk berfungsi dengan lebih efektif.
Kemudian, banyakkan meminum air kosong sekurang²nya 2 liter sehari. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan kotoran racun (toksin) dari dalam badan. Toksin dikeluarkan melalui urine (pembuangan air kecil) & melalui peluh (digalakkan kerap melakukan senaman). Amalkan, insya'Allah anda akan dapat melihat kesannya yg sungguh menyenangkan.
Jika anda berpendapat untuk SIHAT itu mahal, cubalah SAKIT! Dapatkan krim ajaib LumiGlow™ sekarang juga!!





perkongsian bermula...












Suhandi (Indonesia)






















































































0 kiriman pendapat/pertanyaan:
Post a Comment